Rabu, Disember 22, 2010

tipikal

sudah menjadi trend masa kini cerita cerita melayu di televisyen mahupun di layar perak atau layar emas atau layar gangsa sekalipun.


asal cerita melayu je mesti ada orang kaya yang jahat. asal cerita melayu je mesti ada orang kaya tu buat benda tak senonoh. asal cerita melayu je mesti orang kaya tu main main kan orang yang lagi miskin dari dia.


dah banyak kali dah aku tengok. cerekarami lah, samarindu lah, akasio lah, ape ape lah.


ape orang kaya ni memang dikenali dengan perangai jahat ke? bukan la nak cakap aku ni kaya. tak kaya pon. nak makan nasik pon sehari sekali je. tapi bila nak tengok drama dekat televisyen je mesti ada situasi sebegini.


apekejadahnye semua ini?


oh ye lagi satu. asal cerita melayu je mesti ada babak babak korporat sikit. kontrak juta juta. tak main la ratus ribu apetah lagi puluh puluh.


aku rasa drama yang tiada situasi begini ialah drama gerak khas je. haha. ke ade? guane?


jadinye aku lebih suka melayan kartun setiap hari. macam kartun ni.


ada masalah?


sekian.



p/s dekat kuantan kedai mane yang best nak gunting rambut?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan