Ahad, Mei 22, 2011

pelangi

kadang kadang aku tengok budak bermain bola. tetapi budak itu bersendirian. tiada kawan seusianya sebagai peneman.

kadang kadang aku tengok seorang lelaki dewasa berjalan jalan di tepi pantai. tetapi lelaki dewasa itu bersendirian. tiada pasangan hidupnya yang dah lama meninggalkannya sebagai peneman.

kadang kadang aku tengok orang tua duduk di tepi jalan. tetapi orang tua itu bersendirian. tiada pasangan hidupnya yang dah lama meninggal.

kadang kadang aku tengok bulan malam malam. tetapi bulan bersendirian. tiada bintang yang selalu memagarinya sebagai peneman .

kadang kadang aku tengok diri aku. tetapi diri aku bersendirian. tiada sesiapa ingin meneman.

diri aku kosong.

tetapi lepas aku tengok diri aku macam tu, cepat cepat aku tutup mata. tarik nafas dalam dalam. istighfar banyak kali. masih ada yang sudi meneman aku. meneman aku sampai bila bila.

DIA sentiasa ada untuk kita.

namun begitu aku tidak mengerti mengapa aku menaip benda ni. aku kesunyian mungkin? kahkahkah.

sekian.


p/s tapi aku masih ada kawan kawan. guane tu?

Sabtu, Mei 21, 2011

mengumpat pasal diri sendiri

baru sedar rutin harian aku setiap hari di rumah semasa cuti adalah seperti berikut:

tidur.

makan.

mandi.

berak.

tengok buletin utama.

melawat laman sosial yang pelbagai.

berbual di laman sosial yang pelbagai.

tidur.

bermain permainan komputer yang dah empat kali aku khatam.

tidur lagi.

solat itu sudah semestinya.

dan beberapa perkara kecil yang lain.


oh. bagi lah aku aktiviti yang mencabar sikit. ni asyik makan, tidur, berak, mandi, melawat dan berbual di laman sosial yang pelbagai? tidak mencabar minda langsung.

oke aku sebenarnya mengadu pasal siapa sebenarnya ni? diri aku sendiri mungkin. orang pemalas macam ni lah. dah malas nak berjalan, di bagitahu satu dunia sudah bosan duduk dekat rumah.

aku sebenarnya suka sangat berjalan tapi fulus tiada. guane?


sekian.


p/s baru harini nak post new entry? jadah?

Ahad, Mei 08, 2011

hari ibu?

hari ibu.

hari mak.

hari mama.

hari ummi.

mother's day.

sepatutnya hari hari adalah hari ibu.

tak payah tunggu hari ibu yang mereka cakap jatuh pada second sunday of may baru nak cakap " saya sayang mak saya ketat ketat " lah, " saya cintakan mak saya sampai saya mati lebih dari saya sayang isteri saya " lah, itu lah, ini lah, ape lah.

hari hari kita patut cakap macam tu dekat ibu, mak,  mama, ummi, mother kita.

tapi mungkin sebab kita bizi dan tiada masa ataupun segan ataupun malas, jadi kita jadikan alasan hari ibu untuk cakap macam tu dekat ibu kita. ke guane?

oh ye. aku ada terbaca yang hari ibu ni asalnya disambut sebab nak memperingati mother theresa tu. ala yang pakai baju paderi tu. yang duduk dekat india ke mana entah. betul ke tak, entah lah.

jadi boleh ke kita sambut hari ibu? aku pun tak tahu dan malas ambil tahu sebab aku tak sambut hari ibu. aku sambut hari jadi mak aku je.

oh no offense.

saje nak bagi pendapat lah.

sekian.


p/s sudah melepaskan gian nak tengok thor.