Khamis, September 30, 2010

ceriHIK

ceriHIK = cerita + HIKAYAT


ceriHIK ini telah diceritakan kepada aku dan mungkin mengalami sedikit pengubahsuaian kerana penyakit short term memory lost yang dihidapi oleh aku.




pada suatu masa dahulu, tatkala fesbuk masih belum dicipta, apatah lagi komputer riba mahupun henfon blueberry, terdapat seorang pemimpin sebuah kerajaan asing bertemu dengan seorang pemimpin kerajaan siam.




mereka bertemu untuk membicarakan perihal kekuatan dan kelebihan negara yang diperintah masing masing.




perbincangan tersebut diadakan sewaktu majlis makan makan makanan tradisi siam seperti tomyam dan nasi paprik.




selesai makan makan makanan tradisi siam seperti tomyam dan nasi paprik tersebut, pemimpin kerajaan asing tersebut telah dihidangkan dengan pencuci mulut yang mengandungi sejenis haiwan iaitu udang. pemimpin kerajaan siam makan dengan rakusnya dan membuang kulit udang itu ke lantai. lalu pemimpin kerajaan asing tersebut berkata, " Di negara kami, kami tidak buang kulit udang dengan begitu sahaja. Kami kumpul kulit udang tersebut dan memprosesnya menjadi chitosan. Bukankah kulit udang mengandugi chitin? ". pemimpin kerajaan siam terdiam sambil mengangguk tanda fedap.




kemudian, pemimpin kerajaan asing tersebut dihidangkan pula dengan sejenis buah yang bernama nenas yang telah siap dipotong. pemimpin kerajaan siam makan tanpa segan silu. lalu pemimpin kerajaan asing tersebut berkata lagi, " Di negara kami, kami tidak gunakan nenas untuk makan sahaja. Kami gunakan nenas untuk memprosesnya dalam industri pembuatan sabun. Bukankah nenas mengandungi enzim enzim yang boleh menghilangkan kotoran? ". pemimpin kerajaan siam terdiam sambil mengangguk lagi tanda fedap juga.




selepas itu, pemimpin kerajaan asing tersebut dihidangkan pula dengan sejenis makanan yang dipanggil chewing gum. biaselah. lepas makan makan mesti rasa hebat bila dapat kunyah kunyah sesuatu sambil menghirup asap toksik rokok. pemimpin kerajaan siam kunyah kunyah chewing gum tersebut dengan nikmatnya sambil menghirup asap toksik rokok jenama texas 5. lalu pemimpin kerajaan asing tersebut berkata lagi, " Di negara kami, kami tidak membuang begitu sahaja sisa chewing gum yang telah dikunyah kunyah. Kami proses sisa chewing gum yang telah dikunyah kunyah tersebut menjadi kondom berperisa. Bukankah kondom diperbuat daripada latex sama seperti chewing gum? ". pemimpin kerajaan siam terdiam sambil mengangguk lagi tanda fedap juga.




di akhir majlis makan makan tersebut, pemimpin kerajaan asing telah dihidangkan dengan sejenis benda. lalu dia bertanya kepada pemimpin siam tersebut apakah benda itu. lalu pemimpin siam berkata, " Inilah kondom. Di negara kami, kami tidak buang kondom yang telah digunakan begitu sahaja. Kami proses kondom tersebut menjadi chewing gum dan mengeksportnya ke negara kamu. Bukankah chewing gum diperbuat daripada latex sama seperti kondom? ". 




pemimpin kerajaan asing tersebut rasa dirinya tercabar lalu terus membelahkan dirinya begitu sahaja dari negara siam dengan menaiki jet peribadi konkordnya.




lalu tercetuslah perang dingin antara kerajaan asing tersebut dengan kerajaan siam selama berkurun kurun lamanya sehinggalah satu persetujuan telah dicapai apabila anak kedua dua pemimpin kerajaan asing dan siam tersebut bercinta dan ingin berkahwin.




sekian.


p/s perut aku masuk angin disebabkan ceramah yang panjang lebar.

Isnin, September 27, 2010

tolong tolong aku teringin

aku teringin.




teringin pergi bercuti atau berjalan jalan di sekitar bandaraya besar seperti tokyo new york ataupun berlin. aku sudah mula mengumpul duit dan membuat research mengenai tambang tiket penerbangan dan hotel hotel murah di sana.




bukan apa. aku tidak pernah menaiki kapal terbang. naik kapal terbang yang sedang tidak terbang pon tidak pernah. aku bukan orang berada. aku orang susah. sebab itu aku teringin.




oh ye. sedikit gosip politik.




aku tidak suka politik sebenarnya. sebab aku merasakan suasana politik di malaysia penuh dengan dasar dasar korupsi dari pengamal politik yang dasar melayu tapi hampeh. aku rasa ini ada kaitan dengan freemason. mengapa? sebab ade la desas desus yang aku dengar dan baca. tidak perlu aku nyatakan di sini. bukan anda sebagai pembaca berminat pon kan? mana satu parti politik di malaysia ini betul dan tidak menyimpang dari tugas mereka yang sepatutnya? tiada. semuanya mungkin mengalami korupsi. macam kes jutawan kosmetik ape jenama entah. itu pon korupsi jugak. peguam yang jadi suspek. ape kes? aku rasa ada hakim hakim dan peguam peguam yang korup.




oke berbalik kepada cerita sebenar. 




kalaulah aku boleh menaiki kapal terbang pada tahun ini juga walaupun sekadar balik ke kampung halaman di kuantan, aku rasa sangat sangat bersyukur dan gembira.




yelah. impian budak kecil seperti aku. memang suka sangat sangat lah kalau jadi kenyataan.




kalau ada sesiapa yang ingin men'sapot' tambang penerbangan lagi sedap rasenye dari burger spysi ciken mekdilaks keluaran restoran mekdi. kalau ada lah. kalau tiada nak buat macam mana.




abah mak dan imran sahaja yang sudah menaiki kapal terbang. ke sarawak medan bali dan united kingdom. aku bila lagi?




sedang berusaha dan tidak lama lagi.




insyaAllah.




kalau tidak dapat awal pon, selepas habis belajar ini aku bercadang melanjutkan pelajaran dalam peringkat master ke oversea. german ataupun united kingdom salah satu destinasi. hebat bukan?




oh sebelum terlupa.




sila ke laman web google yang menyambut besday nye yang ke dua belas pada dua puluh tujuh haribulan september dan google perkataan ini : bring me the horizon oliver sykes




kalau anda rajin lah. kalau anda ingin tahu, pemuda ini gay aku. kah2.


ini mamat tersebut.


sekian.


p/s minta maaf aku bukan gay. aku cuma peminatnya sahaja tidak lebih dari itu. aku sudah ada awek cun punya.

Khamis, September 23, 2010

kenangan

terbayang bayang di kepala aku sekarang ni. semasa berumur dua belas tahun berbulan bulan berhari hari.




emak mengejutkan aku di kala subuh menjelma. pukul lima pagi tambah tolak.




mandi manda dan menggunakan sabun kakakku yang berjenama aiken.


memakai baju sekolah rendah yang baru sahaja di seterika oleh mak dan digantung di dalam biliknya.




kemudian turun ke ruang tamu sambil menekan suis di atas remote control untuk membuka kotak ajaib yang boleh menyiarkan gambar bergerak.




tengok buletin pagi. sambil sambil itu minum air cokelat panas jenama cadburay yang disediakan oleh emak juga.




selesai sahaja minum minum, teros pergi ke pintu hadapan rumah dan memakai stokin dan kasut sekolah jenama batak.




oh ye. sebelum terlupa. meminta duit belanja dari emak dan bersalaman dengannya. kemudian pipiku dicium cium tiga kali.




selepas itu aku berjalan kaki sahaja ke sekolah kebanggaan aku disebabkan ingin menjimatkan duit belanja daripada terpaksa membayar tambang teksi.




padahal sekolah kebanggaan aku itu terletak kurang dari satu marhalah dari rumah aku. suku pon tidak sampai.




sampai sahaja di sekolah, aku berjumpa dengan rakan rakan sebaya yang lebih hensem dan comel dari aku. duduk di dalam dewan dan membaca apa apa yang patut.




tidak lama kemudian sayup sayup kedengaran suara guru memanggil anak muridnya dengan penuh manja.




kami masuk ke kelas yang ditetapkan untuk mengambil Ujian Penilaian Super Rare.


itu kenangan aku semasa hari pertama UPSR berlangsung untuk diri aku.




sekarang tiada lagi situasi guru guru nak panggil anak murid masuk dewan periksa. lantak kau lah. kalau lambat, kurang lah masa menjawab kau. tiada lagi situasi guru guru memberi tips tips untuk menjawab soalan sejurus sebelum masuk ke dewan periksa. lantak kau lah. kalau tak tahu jawab, tak tahu jawab lah kau. tiada lagi situasi guru guru memberi kata kata perangsang yang boleh merangsang diri kita ke arah kebaikan bukan kepada situasi keburukan. lantak kau lah. kalau gabra yang amat sangat, gabra lah kau sampai ke akhir masa periksa.




aku rindu semua itu.




namun hidup perlu diteruskan betul rakan rakan seperjuangan sekalian?




yang lepas biarkan ia berlalu pergi.




sekarang kita fokus untuk apa yang ada sekarang dan untuk masa hadapan kita.




sekian,




selamat maju jaya kepada semua kanak kanak yang akan atau sedang mengambil peperiksaan UPSR PMR SPM dan STAM.


p/s peperiksaan final aku bila entah?

Rabu, September 22, 2010

tensi tekanan pressure dan seangkatan dengannya

assignment.


test.


bertimbun timbun dan menambahkan tekanan ke atas diri aku.




tersangat sangat tensi.




tolong aku.




please.




aku semakin malas belajar.


oke sudah. tukar topik. aku dengar cerita ade sorang lecturer bergelar madam ni mengamuk dengan pelajar pelajar dari course lain sehingga memaki hamun mereka dengan berkata " GO TO HELL! " dan sebagainya.


patutkah?


tenaga pengajar zaman pasca merdeka sekarang ni memang kurang berpengalaman walaupun berpengetahuan dalam bidang masing masing.


selalu menyalahkan pelajar seratus peratus.


sudahlah.


tiada guna aku berkata kata di sini kan?


sekian.



p/s semakin hari semakin baik.

Selasa, September 21, 2010

check check rock rock

hujan.


sudah 2 hari berturut turut bumi micet dicurahi hujan rahmat pada waktu petang.


membuatkan nafsu tidur aku membuak buak walaupun sedang neves disebabkan result test dan assignment dan semua semua nya lah.


tapi aku tidak tidur lame pon. cukup sekadar satu jam tidur dari pukul 4 sampai 5. ataupun dari pukul 3 sampai 4.


disebabkan hujan, aku tidak dapat membeli topap. mengade ngade pulak aku ni. padahal boleh je beli topap dekat student lain.


biarkan. ini semua untuk menyedapkan hati aku.


seriusli aku sedang berasa down sekarang ini. tersangat sangat down.


doakan aku berjaya menghadapi semua ini.


boleh kan?


terima kasih.


sekian.


terasa betol betol seperti freshie sekarang ni.


p/s masih sedih dan akan berterusan sedih tapi mungkin berkurangan dari hari ke hari.

buruk sungguh





tak reti aku menghias hias blog ni.




mintak maaf kalau bersepah dan menyakitkan mata anda untuk membaca.


kalau sakit mata gunelah kaca mata ataupun kanta lekap.


saye budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.


okeh?


beres.


oh ye.


sudah membuat research yang mendalam mengenai travelling.


tambang penerbangan rm 2000++.


emirates airlines. nampak mewah.


aku tak puas hati sebab tambang MAS lagi mahal iaitu rm 4000++.


apekejadahnye?


tidak mengape. banyak masa lagi.


untuk yang tidak mengerti sepatah haram pun karangan aku ini, abaikan.


yang tahu, doa doakan aku dapat pergi oversea.


boleh kan?


tenkiu.


sekian.

ini pemandangan indah di negara tersebut.


p/s masih sedih.



Ahad, September 12, 2010

entahlah

aku sedih.



tiada mood.



ade masalah?



takde sape pon yang nak peduli kan?



so biarkan.



sekian.



p/s ini serius.

Isnin, September 06, 2010

setahun sekali

kalaulah aku seperti paris hiltong ataupun hillary daff, aku tidak perlu merasa bersalah jika aku telah menyakitkan hati seseorang.


kalaulah aku seperti binatang liar mahupun peliharaan, aku tidak perlu merasa bersalah jika aku telah berbuat jahat kepada seseorang.


kalaulah aku seperti seorang pemimpin yang korupsi dan mementingkan diri, aku tidak perlu merasa bersalah jika aku telah menyusahkan seseorang.


tetapi aku bukanlah seperti paris hiltong, hillary daff, binatang liar, binatang peliharaan mahupun pemimpin korupsi dan mementingkan diri.


aku hanyalah manusia biasa yang hina dan akan berterusan melakukan kesilapan kepada manusia lain.


oleh itu, di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada anda semua yang terbaca entri ini jikalau aku terlanjur kata, terkasar bahasa, tergedik seketika, terpukul ke apa, semua semua lah. dan jikalau anda yang terbaca entri ini pernah melakukan kesilapan kepada aku, aku tidak kisah pon semua itu. aku sudah lama memaafkannya. aku tidak suka menyimpan dendam. (cewah)


akhir kata, pesanan ringkas dari aku. berhati hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang. ketupat lemang tak habis nya jika anda bawak kenderaan lambat lambat.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.


spongebob dan patrick pon sambot hari raya


p/s kepada yang ingin menghadiahkan duit raya kepada saya, sila pos ke alamat yang tertera di muka hadapan i.c saya.