Jumaat, Disember 31, 2010

tahun baru

tahun baru. mulalah semua orang sibuk nak bercerita perihal azam tahun baru lah, peristiwa manis masam pahit tahun ini lah, awek baru tahun baru lah, macam macam lagi lah.


apekejadahnye semua ini?


ini bulsit!


setakat nak berazam tidak perlulah tunggu sampai tahun baru. masa hari raya aidilfitri pon boleh. apetah lagi hari pekerja. pendek kata tidak kira hari ape pon sama.


nak bercerita peristiwa manis masam pahit tahun lepas pon tidak perlu tunggu sampai tahun baru. bila bila pon boleh bercerita. dalam tandas, dalam kelambu, atas motor, tepi tingkap, semua boleh.


inilah manusia. kena tunggu tahun baru dulu. barulah nak menanam azam, me'recall' peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun, semua semua lah. macam mana nak maju? sepatutnya hari hari kita kena berazam. hari hari kita kena ingat peristiwa yang telah berlaku dan ambil iktibar daripadanya. bukan susah pon. senang nak mampos.


jangan selebret tahun baru. jangan jadi yahudi. kita patut selebret maal hijrah. lagi best.


sekian.



p/s menyampah tengok post post pasal tahun baru ni.

Rabu, Disember 22, 2010

tipikal

sudah menjadi trend masa kini cerita cerita melayu di televisyen mahupun di layar perak atau layar emas atau layar gangsa sekalipun.


asal cerita melayu je mesti ada orang kaya yang jahat. asal cerita melayu je mesti ada orang kaya tu buat benda tak senonoh. asal cerita melayu je mesti orang kaya tu main main kan orang yang lagi miskin dari dia.


dah banyak kali dah aku tengok. cerekarami lah, samarindu lah, akasio lah, ape ape lah.


ape orang kaya ni memang dikenali dengan perangai jahat ke? bukan la nak cakap aku ni kaya. tak kaya pon. nak makan nasik pon sehari sekali je. tapi bila nak tengok drama dekat televisyen je mesti ada situasi sebegini.


apekejadahnye semua ini?


oh ye lagi satu. asal cerita melayu je mesti ada babak babak korporat sikit. kontrak juta juta. tak main la ratus ribu apetah lagi puluh puluh.


aku rasa drama yang tiada situasi begini ialah drama gerak khas je. haha. ke ade? guane?


jadinye aku lebih suka melayan kartun setiap hari. macam kartun ni.


ada masalah?


sekian.



p/s dekat kuantan kedai mane yang best nak gunting rambut?

budak budak

sekarang ni memang musim korea ke?




fesyen korea.




lagu korea.




makan pon nak korea je.




budak budak zaman sekarang ni memang pelik. budak budak zaman dulu tak pelik pon.




ke memang same je budak budak zaman dulu dengan sekarang?




sekian.



p/s dapat elaun yeay!

Sabtu, Disember 18, 2010

aku tak suka, ada masalah?

aku tak suka peperiksaan. tidak kiralah bertulis ke, berlisan ke, berdengar ke, bernari ke, ape ape lah.




sebab aku tidak suka mengulangkaji ape ape yang berkaitan dengan peperiksaan walaupun aku suka belajar benda baru.




peperiksaan mengarut!




peperiksaan bullsit!






ada masalah?




lagi satu.




aku rasa aku nak buat laporan kepada jabatan alam sekitar, mardi, mpoa, dan lain lain agensi berkaitan. sebab peperiksaanlah banyak pokok ditebang untuk dibuat kertas. setahun berapa banyak dah pokok kena tebang sebab nak dijadikan kertas peperiksaan. alih alih ke tong sampah juga kertas itu.




sekian.



p/s entri tidak ada kaitan dengan result peperiksaan aku. aku dapat gpa 3 dan ke atas. Alhamdulillah.

mimpi tak berapa nak indah



beberapa hari lepas aku dikejutkan dengan sebuah mimpi tak berapa nak indah yang melanda waktu tidurku.




dah lama dah tapi aku tak boleh nak lupakan pon.




aku rasa mimpi tu lah mimpi yang paling tak berapa nak indah berbanding mimpi mimpi aku yang sebelumnya seperti mimpi dikejar zomba, mimpi menang kereta ferrari enzo dalam peraduan minum power root, mimpi pergi bercuti ke barbados dan cuba, serta pelbagai lagi mimpi indah lain.










dalam mimpi tak berapa nak indah tersebut, aku dimarahi oleh pak ngah aku disebabkan aku telah membawa dan mengotorkan harley davidson beliau semasa kenduri khatan anaknya.




sungguh ngeri.




sekian.

inilah harley davidson pak ngah aku.


p/s sekarang ni memang musim korea ek?

Sabtu, Disember 11, 2010

sampah



aku taknak duduk menetap dekat metropolitan kuala lumpur.




sebab ape?




bace dekat sini.




duduk dekat kuantan lagi best. hatyai pantai timur lah katekan.





p/s menanti percutian keluarga.

Jumaat, Disember 10, 2010

kecik kecik





masa aku kecik kecik, aku suka kumpul buku doraemon. sampaikan bila tengok kartun doraemon dekat saluran tujuh dah boleh hafal jalan cerita dia sebab dah selalu baca ulang ulang buku tu.




masa aku kecik kecik, aku suka kumpul buku mutiara naga. sampaikan bila tengok kartun dragon ball dekat saluran dua dah boleh hafal jalan cerita dia sebab dah selalu baca ulang ulang buku tu.




masa aku kecik kecik, aku suka kumpul kereta hotwheels. sampaikan kereta hotwheels tu banyak yang dah hilang sebab kene kebas dengan rakan rakan ataupun adik. anda semua tahu apa itu kereta hotwheels? kalau tak tahu, sila google ataupun tengok iklan dekat saluran tiga.




masa aku kecik kecik, aku suka kumpul patung pokemon keluaran syarikat jepun, Tommy. sampaikan patung pokemon tu banyak yang dah hilang sebab kene kebas dengan rakan rakan ataupun adik. bukan senang nak dapat patung pokemon ni. mahal pulak tu. satu adelah dalam dua ringgit.




masa aku kecik kecik, aku suka kumpul majalah gempak. dari darjah dua hinggalah ke tingkatan tiga aku kumpul majalah gempak. sampaikan bila kumpul kumpul majalah gempak tu dah tinggi sampai ke bumbung dah.




itu dulu. masa aku kecik kecik.




sekarang, masa aku besar besar, aku suka kumpul duit.





p/s eksaited nak main game baru beli.

Khamis, Disember 09, 2010

kalau jadi artis kan senang

betul kan? kalau jadi artis senang hidup kita.




ada rezeki dapat lah jadi duta produk kuruskan badan, besarkan badan, tinggikan badan, pendekkan badan, produk makanan laut, makanan darat, produk penghapusan jerawat jeragat, penghapusan minyak di muka, penghapusan kudis di kaki dan berbagai bagai lagi.




paling best dan untung kalau dapat jadi duta internet mudah alih seperti Unifi TM. dapatlah aku mendonwload cerita dan game terbaru.














errrr. ade ke tak artis jadi duta internet mudah alih ni ek? aku tengok iklan dekat saluran tiga adelah artis berkumpulan ni yang berlakon dalam iklan tersebut. tak tahulah kalau kalau mereka mereka tiga orang dapat pakej internet mudah alih percuma seumur hidup pulak kan.




iklan sekejap.

p/s aku rasa nak langgan p1 wimax 4G sebab iklan yang comel.

cuti cuti sekolah



cuti lama lama ni memang bosan. oh ye. disebabkan aku sudah lama meninggalkan alam persekolahan, maka istilah "cuti sekolah" sewajarnya aku rasa patut digantikan dengan istilah "cuti universiti" atau "cuti kolej". bernas tak?




p/s sesiapa tolonglah bagi idea ape aku nak buat cuti cuti universiti ni. nak berjalan takde duit.