Selasa, Ogos 31, 2010

nostalgik

teringat ketika berumur kanak kanak.

lima enam tahun rasenye.

ketika itu aku baru je berpindah ke kuantan. ikot abah yang terpakse transfer dan naik pangkat.

kawan baik aku ketika itu ialah seorang budak perempuan. ade masalah?

tidak salah kan budak budak berlainan jantina berkawan?

yeah. kitorang sangat rapat sampaikan hari hari budak itu datang ke rumah aku petang petang.

sampaikan aku rase terganggu sebab die mengganggu privasi aku untuk menghisap botol susu yang berisi air teh o. kenape? ade masalah aku hisap botol susu semasa berumur lima tahun? oh ye. aku juga hisap jari semasa tidur. tiada masalah kan?

berbalik kepade cerita. hari hari kitorang maen masak masak. depan rumah aku ade padang so senang je lah nak maen. aku tak ingat lah bagaimane situasi masak masak nye. mungkin aku yang jadi emak dan die yang jadi bapak.

masok darjah satu kitorang dah tak rapat sangat. walaupon sekolah dan kelas same. mungkin kitorang dah semakin dewasa. ye lah. takkan lah nak maen masak masak lagi kot? aku prefer maen digimon semasa darjah satu.

sekarang aku dah tak tahu ape yang terjadi kat die. pernah terserempak kat kuantan tapi aku tak tahu lah itu die ke orang laen. haha.

oh ye. name budak tu fatin najwa.

aku rase disebabkan die lah aku bersifat kewanitaan sekarang ni. haha.

oke aku tipu. aku bersifat lemah lembut disebabkan kakak kakak aku.

sekarang aku ade teman sepermainan baru. namenye a.s.i. hari hari kitorang maen berbagai bende terkini. fesbuk dan sms.

sekian,



p/s aku rindu nak maen digimon.

Rabu, Ogos 25, 2010

tiada tajuk spesifik

aku berharap kita dapat sama sama duduk di atas bangku di halaman rumah sambil minom teh o dan makan karipap.

aku berharap kita dapat sama sama mendaki bukit di belakang rumah pada waktu malam dan kemudiannya baring di atas tikar rumput sambil menikmati keindahan sinaran bintang bulan.

aku berharap kita dapat sama sama bawa anak anak pergi fun fair dan kemudiannya makan kfc beramai ramai.

aku berharap kita dapat sama sama pergi skuba dive di pulau sipadan ataupon pulau tioman kalau tiada bajet mencukupi.

aku berharap kita dapat sama sama pergi ke majlis majlis ilmu dan ke masjid masjid apabila ada waktu lapang dengan membawa semua ahli keluarga.

aku berharap kita dapat sama sama menikmati sisa sisa hidup kita sambil melihat anak anak kita membesar dan berbakti kepada negara.

aku berharap kita dapat sama sama mengharungi semua ini.

aku berharap kita dapat hidup bersama.


p/s jiwa abnormal malam ni.

if only

i'm superman with the wind in his bag and she's lois lane.


yeah. if only.





p/s life is no nintendo game.

Ahad, Ogos 22, 2010

simpati

yes. perkataan yang sinonim dengan diriku.

oh ye. sebelum itu jangan baca kalau anda rase anda akan mengutuk ngutuk saya selepas membaca entri ini.

susah sangat sangat.

begini. dengan makcik yang jual baju pon rase nak simpati sampai serba salah nak blah dari tempat kejadian. begitu bersemangat sekali makcik tu cuba untuk menjual baju namun setelah sekian lama mencuba cuba, aku blah begitu sahaja. dengan perasaan serba salah lah.

disebabkan itu aku senang untuk dibohongi. walaupun aku sedar yang aku sedang dibohong, namun aku cuba untuk merasakan yang perkara itu benar. selalu juga aku memberi duit kepada orang lain yang mengatakan mereka di dalam kesusahan. walaupun aku tengok mereka sihat walafiat sahaja. tidak mengapa. aku anggap ianya sedekah.

simpati.

terlebih simpati mungkin.

entahlah. aku tidak tahu bagaimana hendak berubah. sehinggakan ramai yang berkata aku lembut sangat. bukan awww ye. lembut hati.

biarkan. aku lebih senang begini. walaupun ianya menyusahkan.


ya. hidup ini susah.



tidak mengapalah. jiwa aku fleksibel. psikologi semua itu. boleh sahaja diubah. fikir positif.


sekian,



p/s aku jeles dengan mereka yang sentiasa happy go lucky.

Sabtu, Ogos 14, 2010

entri serius

amaran! jangan baca kalau anda rasa ini entri merapu. namun kalau nak baca juga, silakan.



aku ialah seorang yang suka termenung dan kemudiannya berfikir. tak kesah pasal ape pon. kadang kadang pasal mengape kasot converse bername converse pon aku fikir. ini penyakitkah? kalau betol ini penyakit sila beritahu aku.

oke ini cerita benar.

aku telah mendapat ilham untuk mencipta peribahasa baru semasa sedang menunggu hujan lebat berhenti dalam perjalanan pulang ke rumah di kuantan. peribahasa yang berbunyi:

jangan jadikan diri anda seperti lalang. tetapi jadikan hidup anda seperti lalang.

aku mendapat ilham setelah memerhatikan lalang lalang meliuk lintuk ditiup angin sesepoi bahasa semasa hujan renyai renyai tersebut. nampak seperti bukan peribahasa. tidak mengapa. anggap ini falsafah.

anda tidak paham? maksudnya ialah jangan biarkan diri kita sentiasa mengikut orang lain. tetapi terima sahaja ape yang berlaku ke atas kehidupan kite. go with the flow. jangan berasa tensi atau tertekan kerana sesuatu tetapi terima sahaja ape yang berlaku itu kerana ada hikmahnya.

aku rasa aku sedang merepek. namun biarkan. suka hati lah aku nak tulis ape. selagi tidak menyalahi undang undang tidak mengapa rasenye.

sudah. sebenarnya banyak lagi bende bende yang bermain di fikiran aku dan aku selalu berfikir mengenainya. tidak perlulah diceritakan di sini.


sekian,

ini bukanlah lalang yang di usha.

p/s terharu kerana seseorang menghantar sesuatu mesej.

Khamis, Ogos 12, 2010

bukan nak mengata

sedih.

itu yang dapat aku gambarkan terhadap suatu tempat yang baru aku kunjungi baru baru ini.



nama tempat tersebut ialah Bazar Ramadhan Pekan Tampin.

nampak gah dari jauh. orang ramai berpusu pusu. kesesakan lalu lintas berlaku walaupun ade polis trafik yang menjage. mungkin polis trafik tersebot penat. yelah. bulan puasa. semua orang terasa letih nak melakukan kerja masing masing.

tiada pon makanan makanan ganjil yang aku cari. semuanya biasa biasa saje. tidak rare bak kate orang sepang. yang rare hanyelah air berperisa yang berharga ringgit Malaysia 2 untuk 3 bungkus. dan aku membelinya. dan aku juga terase yang peniaga tersebut hanya menggunakan air paip sebab aku telah terkena diarrhoea. tidak serius jangan bimbang.

selepas ini aku akan pergi ke Bazar Ramadhan Bandaraya Alor Gajah saje. mungkin di sana terdapat makanan makanan ganjil yang aku cari.

oh ya. minggu ini aku akan pulang ke rumah. seronoknya dapat berbuka bersama sama keluarga. free pulak tu. jimat duit.


sekian.


p/s kalaulah nasik putih diberi secara percuma macam dekat asrama kan best.

Rabu, Ogos 11, 2010

entri ringkas

selamat menyambut Ramadhan 
al-Mubarak.

sama sama kita perbanyakkan amal ibadat pada bulan ni dan harap harap nye diteruskanlah amal ibadat tersebut even semasa bukan bulan Ramadhan.

jangan mengeluh sebab terpakse berpuasa. banyak kebaikannye. dapat diet, pegi bazar beli macam macam makanan ganjil dan dapat save duit makan.

kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan duit raya kepada saya, boleh pos lajukan ke alamat rumah saya yang anda boleh dapati di muka hadapan i.c saya. tapi perlulah tunggu sebulan dulu baru pos ye.


oh ya. sebelum terlupa. minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, dari sebelah kanan perut ke sebelah kiri perut. dan dari bahagian bahagian badan yang lain jika ada tersalah tutur kata dan perlakuan.

sekian,

i.c sape tah

p/s bazar dekat alor gajah dekat mane ek?

Ahad, Ogos 08, 2010

kecuakan

assignment yang bertimbun timbun.

lebih lebih lagi aku terpakse menyertai SPEAKERS' CORNER pada hari selasa ini.

tajuk yang diberi agak merapu iaitu " superman, batman and spiderman. are they real superheroes? ".

nampaknye aku terpakse bertungkus lumus memerah otak dan minda serta jiwa.

ade kebaikan kena awal awal ni.takde la rase terbeban di kemudian hari.

oh tolong aku! aku rase sangat sangat terbeban.


oh tidak!

p/s tidak sabar menunggu ketibaan Ramadhan al-mubarak.

Selasa, Ogos 03, 2010

minta maaf

sori lama tidak update belog.

bizi dengan assignment yang bertimbun timbun seperti bukit tambun.
aku nak jadi pelajar cemerlang so kene rajin.


selepas ini kalau ade mase aku update dengan serajin mungkin.

by the way, tolong aku supaya dapat me'manage' waktu dengan sebaiknya. please please please.



p/s semakin rajin berpuasa kerana nak save duet minyak dan makan.