Jumaat, Disember 10, 2010

kecik kecik





masa aku kecik kecik, aku suka kumpul buku doraemon. sampaikan bila tengok kartun doraemon dekat saluran tujuh dah boleh hafal jalan cerita dia sebab dah selalu baca ulang ulang buku tu.




masa aku kecik kecik, aku suka kumpul buku mutiara naga. sampaikan bila tengok kartun dragon ball dekat saluran dua dah boleh hafal jalan cerita dia sebab dah selalu baca ulang ulang buku tu.




masa aku kecik kecik, aku suka kumpul kereta hotwheels. sampaikan kereta hotwheels tu banyak yang dah hilang sebab kene kebas dengan rakan rakan ataupun adik. anda semua tahu apa itu kereta hotwheels? kalau tak tahu, sila google ataupun tengok iklan dekat saluran tiga.




masa aku kecik kecik, aku suka kumpul patung pokemon keluaran syarikat jepun, Tommy. sampaikan patung pokemon tu banyak yang dah hilang sebab kene kebas dengan rakan rakan ataupun adik. bukan senang nak dapat patung pokemon ni. mahal pulak tu. satu adelah dalam dua ringgit.




masa aku kecik kecik, aku suka kumpul majalah gempak. dari darjah dua hinggalah ke tingkatan tiga aku kumpul majalah gempak. sampaikan bila kumpul kumpul majalah gempak tu dah tinggi sampai ke bumbung dah.




itu dulu. masa aku kecik kecik.




sekarang, masa aku besar besar, aku suka kumpul duit.





p/s eksaited nak main game baru beli.

3 ulasan: