Sabtu, Januari 29, 2011

orang tua kita

semalam aku pegi hospital universiti kebangsaan malaysia. dekat area mane aku tak tahu lah sebab aku bukan orang keyy-ell. aku orang kampung je. kampung selamat.

aku yang kena jadi driver kepada seorang lelaki dan tiga orang minah. sebab yang seorang lelaki ni tiada lesen memandu lagi. dan yang lagi tiga orang minah ni aku tak tahu lah pulak. nasib baik lah aku ni hebat dan cekap memandu. selamat pergi dan pulang. Alhamdulillah.

oh ye. semasa di hospital universiti kebangsaan malaysia, aku tengok ramai orang tua. ramai gilerrrrrrrrrwwww. lepastu mereka mereka ini dijaga oleh anak anak mereka. terharu aku tengok.

lepasni mungkin kita pulak yang akan dijaga oleh anak anak kita kalau kita masuk hospital. itupun kalau anak kita baik hati dan taat dan mengenang budi mak abah dan mendengar kata mak abah. kalau anak kita tidak baik hati dan tidak taat dan tidak mengenang budi mak abah dan tidak mendengar kata mak abah, alamatnye mungkin kita akan ke rumah orang orang tua dan berseorangan di hospital ditemani awek awek jururawat.

perghh aku rindu mak abah aku.

aku risau kalau mereka pulak yang kena masuk hospital. aku takut aku sibuk sampaikan tiada masa nak menjaga mereka.

rindu yang ini.

rindu yang ini jugak.

jadinye anak anak sekalian, sama samalah kita menghargai orang tua kita sementara mereka masih ada. nanti kalau mereka dah tiada, barulah kita rase menyesal. jangan sampai time nak mandikan mayat mereka pon kita tak datang. itu sudah melampau. bulsit namenye.


sekian.



p/s minum susu hari hari mempromot sakit perut hari hari.

Ahad, Januari 16, 2011

tiada tajuk sebab aku malas nak pikir

sekarang ni ramai betul orang yang pakai tudung sebab fesyen, bukannye sebab satu kewajipan. orang yang aku maksudkan ni golongan wanita lah. takkan lah lelaki pulak kan? ade pulak lelaki pakai tudung. ke ade? guane?


ape name fesyen bertudung ni pon aku tak tahulah sebab aku mane la amek tau pasal bidang bidang pertudungan ni. tudung saji aku tau la macam mane.


ni aku nak bercerita sedikit. tak banyak. semasa aku di dalam bas nak pulang ke rumah di kuantan, adelah sorang cik kak ni yang duduk depan seat aku. pakai tudung fuhhh. aku tak tahu lah gaya ape. tudung siti ke wahida wasini ke yuna ke aku tak pasti.yang aku pelik tudung dia tak macam tudung. dia pakai skarf pastu dia letak kain je atas kepala. kot. macam tu lah. pastu rambut belakang pon terkeluar sebab dia tidur ganas sangat. lepas tu dia rilek je bukak tudung dia tu dan ikat ikat rambut gaya siput. aku sebagai penumpang bas yang bernama lelaki ni terpandang lah. dah duduk belakang dia je. kalau pandang cermin bas pon nampak jugak dia tengah buat ape. apejadahnya semua ini? bulsit. tak belajar agama ape.


ade jugak cik kak yang pakai tudung tapi pakai baju yang takde lengan tu. nampak ketiak. tak tahu malu ke? aku sebagai orang melayu beragama islam ni pulak yang rasa malu. adoi.


cuba pakai tudung elok elok. tutup bahagian depan badan tu. takde lah nampak nasik lemak lima puluh sen.


kalau pakai tudung macam tu, baik tak payah pakai tudung. same je. aurat dedah jugak. perempuan ni tak payah la nak lawa lawa sangat. perempuan ni patutnye melawa depan suami je. ni dekat semua orang dia nak melawa susah la. nanti suami dah rasa diri dia tak spesel dah. kesian dekat suami.


pakai tudung labuh labuh kan ayu.


tak gitu?


sekian.



p/s baru sampai micet dari kuantan setelah lima jam atas motor.

Khamis, Januari 13, 2011

maju

sekarang ni macam macam jenis sekolah dah ada.


sekolah berasrama penuh intergrasi lah, sekolah sukan lah, sekolah teknik lah, mrsm pkp lah, mrsm ulul albab lah, mrsm igcse lah ( igcse tu international general certificate of secondary education. tak tahu sila google. ), mrsm kurikulum terbeza lah, sekolah untuk perempuan bawah umur yang mengandung pon dah ada. 


macam nenek astro tu cakap, macam macam ada. maju sungguh zaman sekarang ni.


yang aku kagum sekali tang sekolah untuk perempuan bawah umur yang mengandung tu lah. hebat malaysia ni. prihatin dekat anak anak yang terlanjur sebab tak reti nak kawal nafsu sendiri. 


lepas ni mesti ada sekolah untuk lelaki bawah umur yang homoseksual. yelah sebab video saya gay saya ok tu. aku tak tengok lagi video tu. macam best je. best ke? ape jadi dekat lelaki yang mengaku gay tu? kena saman ke ape? ke guane?


kagum kagum.


sekian.




p/s malas nak menaip.

Jumaat, Januari 07, 2011

tua bahagian dua

kadang kadang aku teringin pulak jadi tua cepat.


yelah. bila dah tua tua ni kerja kita duduk duduk dekat rumah aje lah. main dengan cucu cicit, main dengan ayam hutan peliharaan, main dengan ikan koi di dalam kolam, main dengan kucing belian baka savannah, main dengan tanah tempat kita tanam pokok manggis, main macam macam lagilah.


bila dah tua pon tak payah la susah susah pikir pasal kerja dah. sebab dah bersara. pikir pasal akhirat lagi bagus.


ke tak patut aku berangan angan nak jadi tua cepat? guane?


aku ni dah la beperwatakan tidak matang. hahaha.


sekian.



p/s semakin hari semakin mengarut.

Selasa, Januari 04, 2011

tua

lagi 18 hari lebih kurang maka secara rasminya aku dah hilang title teen dah dekat umur aku. selalu eighteen, nineteen, lepas ni dah tibe tibe jadi twenty. dah tak remaja dah.


tidak mengapa. masih lagi young at heart bak kate orang bota kiri.


namun aku sedar la yang aku makin tua. umur pun makin singkat. tapi mati tu bila bila pon boleh jadi kan? errrrr.


jadinya sama sama lah kite perbanyakkan amal ibadah. kurangkan lah buat benda negatif macam mengumpat ke, skodeng makwe pakai seluar pendek ketat ketat ke, makan banyak banyak sampai perut kejang ke, tak baik semua tu. lagi satu kepada yang punya kawan kawan, jangan la buat kawan kawan anda sakit hati dengan anda. kesian kawan kawan anda itu. tapi kalau aku ade terbuat macam tu dekat kawan kawan aku, tu maknenye bergurau senda lah kot. haha. mintak maaf la banyak banyak ye.



sekian.



p/s berdebar sebab ape pon aku tak tahu.

aku dah habis sekolah rupa rupanya

dahulu semasa aku darjah empat, aku memang kaki ponteng. sampaikan jadi kes sekolah dan aku terpaksa pergi sesi kaunseling.


dahulu semasa aku darjah lima, aku ponteng sikit sikit. tapi yang bagusnya sekolah sesi pagi ponteng, tuisyen waktu petang petang tu aku pergi pulak.


dahulu semasa aku tingkatan dua, dua kali sahaja aku tidak datang kelas. itupun sebab demam dan cikgu yang paksa aku pergi klinik.


dahulu semasa tingkatan empat, aku datang kelas tiap tiap hari kecuali hari cuti. kalau sakit pon aku masih gagahkan jugak badan ni pergi ke kelas yang dekat nak mampos dengan hostel.


ponteng dan tidak datang kelas ini adalah perkara biasa yang tidak elok bagi pelajar. ada yang menjadikannya sebagai rutin harian. jadinya adik adik, silalah jangan ponteng sekolah macam abang ini ye. sebab kalau adik adik ponteng sekolah, adik adik yang rugi. bukannye makcik kantin yang rugi. makcik kantin boleh aje jual lebihan makanan tu dekat pasar malam.


selamat bersekolah kepada penskodeng yang masih bersekolah!


aku dah habis sekolah dah. lama dah.


sekian.



p/s rambut dah pendek. tapi rambut bahagian depan je la yang bahagian belakang panjang macam perempuan.