Khamis, Julai 21, 2011

jumpa dekat mana entah

tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya.

tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.


tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa seketika. 


tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa. 


tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa. 


tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya. 


tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga. 


tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya. 


tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupanya. 


tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta. 


tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana budi pekertinya. 


tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. 


tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. 


tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya. 


tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa. 


tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga. 


tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. 


tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. 


tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. 


tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya. 


tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya. 


tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. 


tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya. 


tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia. 


tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. 


tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku. 


tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga. 


tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya. 


tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa. 

tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.




sekian


p/s cuti dah nak habis.

Jumaat, Julai 08, 2011

badan sihat otak cerdas

tajuk entri ini yang merupakan pepatah melayu populer agak sinonim kepada umat melayu zaman sekarang ni yang malas sangat nak bersenam. contoh umat melayu yang malas sangat nak bersenam ialah seorang insan yang bernama Muhammad Irfan bin Ab Halim. siapakah gerangan insan ini? ha ce teka ce teka. anda kan pandai. mesti anda dapat jawab.

abaikan insan tersebut. dia memang pemalas nak bersenam. tapi aku (penulis belog) rajin bersenam. sampaikan dah beli basikal sebab nak bersenam tiap tiap petang.

 ini basikalnya, made in malaysia.

bukanlah aku nak cakap aku ni tak pernah bersenam. tapi kalau dekat rumah tu memang susah la nak bersenam beriadah dan yang seumpama dengannya. setiap hari bersenam. and i mean setiap hari ye. bukan seminggu sekali. haha.

 ini tempat joging, taman gelora.

mungkin aku melakukan perubahan drastik ini kerana menyedari diri aku sudah buncit. mungkin. mungkin juga aku melakukannya kerana ingin hidup sihat. mungkin. semuanya mungkin.

oleh itu kawan kawan rakan seperjuangan sekalian, marilah kita sama sama bersenam setiap hari. kalau tak boleh setiap hari pun, setiap hujung minggu. mesti boleh kan? takkan la tak boleh. bersenam atas katil setiap hari boleh pulak. nak bersenam dekat luar rumah seminggu sekali pun susah. macam mana nak sihat ni? 

bak kata pepatah melayu, badan sihat otak cerdas. (oke aku taktahu pepatah lain selain pepatah dalam tajuk entri ini.)

luangkanlah masa barang sejam dua dalam sehari untuk bersenam. ajak ibu bapa adik beradik anda sekali. gerenti best. mungkin susah la nak pujuk ibu bapa anda tapi anda boleh cuba. belum cuba belum tahu yedok? bukan setakat joging, main kejar kejar pun boleh dikira bersenam. polis sentri pun sama. main sorok sorok tu aku taktahu lah boleh dikategorikan sebagai bersenam ataupun tidak.

oke semoga anda mendapat iktibar dan kesedaran.

sekian.


p/s kalau setakat bersenam tapi masih mengamalkan makan mekdi setiap hari, tiada gunanya.

Khamis, Julai 07, 2011

some of many

orang cakap tak baik ambil gambar kucing. nanti kucing tu cepat mati. walaubagaimanapun aku tak nampak rasionalnya di situ. jadi ni ni sedikit sebanyak gambar model sambilan di rumah aku.

 cindy si garang

 jokstein si pelentang

memey si penjerit

 awie si bulat

 mia si gebu

 aboo si buncit

 gaga si gatal

oh ye. dekat fesbuk pun ada gambar gambar ni tapi saje la nak letak dekat belog. sukati aku la kan? haha.

sekian.


p/s ini entri pertama sejak berapa bulan tak update belog ni. jadah.