Ahad, Oktober 24, 2010

duhhhhh~

oke aku ingin pereksa dalam masa terdekat ini.




kesian belog ini. dah bersawang sawang dah. 




takpe belog. jangan sedeh sedeh masham masham.




lepas habis pereksa kita bejimba jimba okay?




doakan aku. aku sentiasa doakan rakan rakan aku.




terima kaseh.




sekian.


p/s terasa bosan pula study. kahkah

Selasa, Oktober 12, 2010

sometimes



( tajuk entri berbahasa asing kerana ingin menampakkan yang aku bukan tidak reti ber'speaking'. )


kadang kadang.




kadang kadang aku rasa serba salah juga. takut. nebes. cuak. lemah semangat. gabra dan pelbagai lagi perkataan yang seangkatan dengannya.




bukan apa. ini disebabkan tabiat aku yang suka meniru gaya valentino rossi yang sedang menunggang motosikal yamaha yzr m-1 berkapasiti 800cc.




bahkan di jalan raya yang sempit dan lama pun aku membawa laju laju motosikal kesayangan aku berjenama yamaha juga.




kadang kadang aku terfikir.




kalau eksiden macam mana?mak aku dah nasihat dan bising bising. aduh.




lepas ini aku mahu insaf. ini semua gara gara hampir hampir eksiden. tapi semuanya disebabkan kesalahan pemandu lain.




sampai bilalah aku nak bawak motosikal aku ni. aku dah bosan menjadi rider. kahkahkah.




kadang kadang aku terfikir.




kalau ada kereta lagi sedap mata memandang. kereta lebih praktikal bagi aku. ada bumbung dan penghawa dingin walaupun lebih mahal penggunaan minyaknya.




tunggu aku kerja dahulu lah gamaknya.




sekian.


p/s pening sangat.

Ahad, Oktober 10, 2010

sejuk



mengapekah?




sudah seminggu aku demam. suhu semakin surut tapi sakit kepala tu ade sahaje.




susah.




susah untuk aku bergerak ke sana ke sini dan bergembira dan senyum selalu. kahkahkah.




aku tidak suka pergi ke klinik mahupun ke rumah sakit mahupun ke hospital mahupun ke farmasi.




mungkin sebab aku rasa meluat bila tengok ada doktor doktor dan nurse nurse membuat kerja sambil lewa. walaupun mak aku sendiri bekerja sebagai nurse




tidak mengapa. ini semua dugaan daripada Nya.




sekian.


p/s sudah musim sejuk di sana.