Rabu, Ogos 25, 2010

tiada tajuk spesifik

aku berharap kita dapat sama sama duduk di atas bangku di halaman rumah sambil minom teh o dan makan karipap.

aku berharap kita dapat sama sama mendaki bukit di belakang rumah pada waktu malam dan kemudiannya baring di atas tikar rumput sambil menikmati keindahan sinaran bintang bulan.

aku berharap kita dapat sama sama bawa anak anak pergi fun fair dan kemudiannya makan kfc beramai ramai.

aku berharap kita dapat sama sama pergi skuba dive di pulau sipadan ataupon pulau tioman kalau tiada bajet mencukupi.

aku berharap kita dapat sama sama pergi ke majlis majlis ilmu dan ke masjid masjid apabila ada waktu lapang dengan membawa semua ahli keluarga.

aku berharap kita dapat sama sama menikmati sisa sisa hidup kita sambil melihat anak anak kita membesar dan berbakti kepada negara.

aku berharap kita dapat sama sama mengharungi semua ini.

aku berharap kita dapat hidup bersama.


p/s jiwa abnormal malam ni.

1 ulasan: