Sabtu, Ogos 14, 2010

entri serius

amaran! jangan baca kalau anda rasa ini entri merapu. namun kalau nak baca juga, silakan.



aku ialah seorang yang suka termenung dan kemudiannya berfikir. tak kesah pasal ape pon. kadang kadang pasal mengape kasot converse bername converse pon aku fikir. ini penyakitkah? kalau betol ini penyakit sila beritahu aku.

oke ini cerita benar.

aku telah mendapat ilham untuk mencipta peribahasa baru semasa sedang menunggu hujan lebat berhenti dalam perjalanan pulang ke rumah di kuantan. peribahasa yang berbunyi:

jangan jadikan diri anda seperti lalang. tetapi jadikan hidup anda seperti lalang.

aku mendapat ilham setelah memerhatikan lalang lalang meliuk lintuk ditiup angin sesepoi bahasa semasa hujan renyai renyai tersebut. nampak seperti bukan peribahasa. tidak mengapa. anggap ini falsafah.

anda tidak paham? maksudnya ialah jangan biarkan diri kita sentiasa mengikut orang lain. tetapi terima sahaja ape yang berlaku ke atas kehidupan kite. go with the flow. jangan berasa tensi atau tertekan kerana sesuatu tetapi terima sahaja ape yang berlaku itu kerana ada hikmahnya.

aku rasa aku sedang merepek. namun biarkan. suka hati lah aku nak tulis ape. selagi tidak menyalahi undang undang tidak mengapa rasenye.

sudah. sebenarnya banyak lagi bende bende yang bermain di fikiran aku dan aku selalu berfikir mengenainya. tidak perlulah diceritakan di sini.


sekian,

ini bukanlah lalang yang di usha.

p/s terharu kerana seseorang menghantar sesuatu mesej.

2 ulasan:

  1. wow peribahasa baru :D

    BalasPadam
  2. ha? besela..sesuka ati je cipta kn..aha

    BalasPadam