Ahad, Ogos 22, 2010

simpati

yes. perkataan yang sinonim dengan diriku.

oh ye. sebelum itu jangan baca kalau anda rase anda akan mengutuk ngutuk saya selepas membaca entri ini.

susah sangat sangat.

begini. dengan makcik yang jual baju pon rase nak simpati sampai serba salah nak blah dari tempat kejadian. begitu bersemangat sekali makcik tu cuba untuk menjual baju namun setelah sekian lama mencuba cuba, aku blah begitu sahaja. dengan perasaan serba salah lah.

disebabkan itu aku senang untuk dibohongi. walaupun aku sedar yang aku sedang dibohong, namun aku cuba untuk merasakan yang perkara itu benar. selalu juga aku memberi duit kepada orang lain yang mengatakan mereka di dalam kesusahan. walaupun aku tengok mereka sihat walafiat sahaja. tidak mengapa. aku anggap ianya sedekah.

simpati.

terlebih simpati mungkin.

entahlah. aku tidak tahu bagaimana hendak berubah. sehinggakan ramai yang berkata aku lembut sangat. bukan awww ye. lembut hati.

biarkan. aku lebih senang begini. walaupun ianya menyusahkan.


ya. hidup ini susah.



tidak mengapalah. jiwa aku fleksibel. psikologi semua itu. boleh sahaja diubah. fikir positif.


sekian,



p/s aku jeles dengan mereka yang sentiasa happy go lucky.

6 ulasan:

  1. hencek ipan. yg hepy go lucky tu luaran. tp dalam hati. tade spe tahu, :)

    BalasPadam
  2. comelnya..
    gmbr kucing tu :P

    BalasPadam
  3. benar kata ain

    be proud of who you are
    see this as the greener side of the field

    BalasPadam
  4. cek ain - ya2..taw2..tp kn best kalau selalu mcm 2.. ade problem pom rilek je..im not like dat lah..kalo ade problem pendam je tp stil masam..haha

    mia - eh comel ke?ahaha..

    hafiy - mmg proud pon..tp 2 lah..kadang2 susah gak..sbb nnt diri kite sendiri dlm kesusahan sbb nk tolong org laen..haih..da byk kali jadi cm2..

    BalasPadam
  5. wow! xpe2 i still try 2 smile2 selalu..aha :D

    BalasPadam