Khamis, Ogos 12, 2010

bukan nak mengata

sedih.

itu yang dapat aku gambarkan terhadap suatu tempat yang baru aku kunjungi baru baru ini.



nama tempat tersebut ialah Bazar Ramadhan Pekan Tampin.

nampak gah dari jauh. orang ramai berpusu pusu. kesesakan lalu lintas berlaku walaupun ade polis trafik yang menjage. mungkin polis trafik tersebot penat. yelah. bulan puasa. semua orang terasa letih nak melakukan kerja masing masing.

tiada pon makanan makanan ganjil yang aku cari. semuanya biasa biasa saje. tidak rare bak kate orang sepang. yang rare hanyelah air berperisa yang berharga ringgit Malaysia 2 untuk 3 bungkus. dan aku membelinya. dan aku juga terase yang peniaga tersebut hanya menggunakan air paip sebab aku telah terkena diarrhoea. tidak serius jangan bimbang.

selepas ini aku akan pergi ke Bazar Ramadhan Bandaraya Alor Gajah saje. mungkin di sana terdapat makanan makanan ganjil yang aku cari.

oh ya. minggu ini aku akan pulang ke rumah. seronoknya dapat berbuka bersama sama keluarga. free pulak tu. jimat duit.


sekian.


p/s kalaulah nasik putih diberi secara percuma macam dekat asrama kan best.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan