Sabtu, Januari 29, 2011

orang tua kita

semalam aku pegi hospital universiti kebangsaan malaysia. dekat area mane aku tak tahu lah sebab aku bukan orang keyy-ell. aku orang kampung je. kampung selamat.

aku yang kena jadi driver kepada seorang lelaki dan tiga orang minah. sebab yang seorang lelaki ni tiada lesen memandu lagi. dan yang lagi tiga orang minah ni aku tak tahu lah pulak. nasib baik lah aku ni hebat dan cekap memandu. selamat pergi dan pulang. Alhamdulillah.

oh ye. semasa di hospital universiti kebangsaan malaysia, aku tengok ramai orang tua. ramai gilerrrrrrrrrwwww. lepastu mereka mereka ini dijaga oleh anak anak mereka. terharu aku tengok.

lepasni mungkin kita pulak yang akan dijaga oleh anak anak kita kalau kita masuk hospital. itupun kalau anak kita baik hati dan taat dan mengenang budi mak abah dan mendengar kata mak abah. kalau anak kita tidak baik hati dan tidak taat dan tidak mengenang budi mak abah dan tidak mendengar kata mak abah, alamatnye mungkin kita akan ke rumah orang orang tua dan berseorangan di hospital ditemani awek awek jururawat.

perghh aku rindu mak abah aku.

aku risau kalau mereka pulak yang kena masuk hospital. aku takut aku sibuk sampaikan tiada masa nak menjaga mereka.

rindu yang ini.

rindu yang ini jugak.

jadinye anak anak sekalian, sama samalah kita menghargai orang tua kita sementara mereka masih ada. nanti kalau mereka dah tiada, barulah kita rase menyesal. jangan sampai time nak mandikan mayat mereka pon kita tak datang. itu sudah melampau. bulsit namenye.


sekian.



p/s minum susu hari hari mempromot sakit perut hari hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan