Selasa, Januari 04, 2011

aku dah habis sekolah rupa rupanya

dahulu semasa aku darjah empat, aku memang kaki ponteng. sampaikan jadi kes sekolah dan aku terpaksa pergi sesi kaunseling.


dahulu semasa aku darjah lima, aku ponteng sikit sikit. tapi yang bagusnya sekolah sesi pagi ponteng, tuisyen waktu petang petang tu aku pergi pulak.


dahulu semasa aku tingkatan dua, dua kali sahaja aku tidak datang kelas. itupun sebab demam dan cikgu yang paksa aku pergi klinik.


dahulu semasa tingkatan empat, aku datang kelas tiap tiap hari kecuali hari cuti. kalau sakit pon aku masih gagahkan jugak badan ni pergi ke kelas yang dekat nak mampos dengan hostel.


ponteng dan tidak datang kelas ini adalah perkara biasa yang tidak elok bagi pelajar. ada yang menjadikannya sebagai rutin harian. jadinya adik adik, silalah jangan ponteng sekolah macam abang ini ye. sebab kalau adik adik ponteng sekolah, adik adik yang rugi. bukannye makcik kantin yang rugi. makcik kantin boleh aje jual lebihan makanan tu dekat pasar malam.


selamat bersekolah kepada penskodeng yang masih bersekolah!


aku dah habis sekolah dah. lama dah.


sekian.



p/s rambut dah pendek. tapi rambut bahagian depan je la yang bahagian belakang panjang macam perempuan.

4 ulasan:

  1. syial dowh.....
    aq xpenah ponteng skola dulu...
    ahahaha

    BalasPadam
  2. kau mengaku jugak macam perempuan. wahaha~

    BalasPadam