Isnin, September 27, 2010

tolong tolong aku teringin

aku teringin.




teringin pergi bercuti atau berjalan jalan di sekitar bandaraya besar seperti tokyo new york ataupun berlin. aku sudah mula mengumpul duit dan membuat research mengenai tambang tiket penerbangan dan hotel hotel murah di sana.




bukan apa. aku tidak pernah menaiki kapal terbang. naik kapal terbang yang sedang tidak terbang pon tidak pernah. aku bukan orang berada. aku orang susah. sebab itu aku teringin.




oh ye. sedikit gosip politik.




aku tidak suka politik sebenarnya. sebab aku merasakan suasana politik di malaysia penuh dengan dasar dasar korupsi dari pengamal politik yang dasar melayu tapi hampeh. aku rasa ini ada kaitan dengan freemason. mengapa? sebab ade la desas desus yang aku dengar dan baca. tidak perlu aku nyatakan di sini. bukan anda sebagai pembaca berminat pon kan? mana satu parti politik di malaysia ini betul dan tidak menyimpang dari tugas mereka yang sepatutnya? tiada. semuanya mungkin mengalami korupsi. macam kes jutawan kosmetik ape jenama entah. itu pon korupsi jugak. peguam yang jadi suspek. ape kes? aku rasa ada hakim hakim dan peguam peguam yang korup.




oke berbalik kepada cerita sebenar. 




kalaulah aku boleh menaiki kapal terbang pada tahun ini juga walaupun sekadar balik ke kampung halaman di kuantan, aku rasa sangat sangat bersyukur dan gembira.




yelah. impian budak kecil seperti aku. memang suka sangat sangat lah kalau jadi kenyataan.




kalau ada sesiapa yang ingin men'sapot' tambang penerbangan lagi sedap rasenye dari burger spysi ciken mekdilaks keluaran restoran mekdi. kalau ada lah. kalau tiada nak buat macam mana.




abah mak dan imran sahaja yang sudah menaiki kapal terbang. ke sarawak medan bali dan united kingdom. aku bila lagi?




sedang berusaha dan tidak lama lagi.




insyaAllah.




kalau tidak dapat awal pon, selepas habis belajar ini aku bercadang melanjutkan pelajaran dalam peringkat master ke oversea. german ataupun united kingdom salah satu destinasi. hebat bukan?




oh sebelum terlupa.




sila ke laman web google yang menyambut besday nye yang ke dua belas pada dua puluh tujuh haribulan september dan google perkataan ini : bring me the horizon oliver sykes




kalau anda rajin lah. kalau anda ingin tahu, pemuda ini gay aku. kah2.


ini mamat tersebut.


sekian.


p/s minta maaf aku bukan gay. aku cuma peminatnya sahaja tidak lebih dari itu. aku sudah ada awek cun punya.

4 ulasan:

  1. kita kumpul duit same2 beli kapal terbang jum.

    BalasPadam
  2. buat ape beli same2 dengan ko paan..hahaha..

    BalasPadam
  3. ooo...dh kumpul duit ea??utang sy jgan lupa ya..hahaha..sje nk membantutkan angan2 indahmu...tambahan lg..imran pn dh naek flight g sabah..u c..bpe byk kali dia dh naik flight..kta bile lg..oleh itu..u proposed la kt abah tmpt2 bercuti yg jauh2,so that kita blh nek flight..

    BalasPadam