Khamis, September 30, 2010

ceriHIK

ceriHIK = cerita + HIKAYAT


ceriHIK ini telah diceritakan kepada aku dan mungkin mengalami sedikit pengubahsuaian kerana penyakit short term memory lost yang dihidapi oleh aku.




pada suatu masa dahulu, tatkala fesbuk masih belum dicipta, apatah lagi komputer riba mahupun henfon blueberry, terdapat seorang pemimpin sebuah kerajaan asing bertemu dengan seorang pemimpin kerajaan siam.




mereka bertemu untuk membicarakan perihal kekuatan dan kelebihan negara yang diperintah masing masing.




perbincangan tersebut diadakan sewaktu majlis makan makan makanan tradisi siam seperti tomyam dan nasi paprik.




selesai makan makan makanan tradisi siam seperti tomyam dan nasi paprik tersebut, pemimpin kerajaan asing tersebut telah dihidangkan dengan pencuci mulut yang mengandungi sejenis haiwan iaitu udang. pemimpin kerajaan siam makan dengan rakusnya dan membuang kulit udang itu ke lantai. lalu pemimpin kerajaan asing tersebut berkata, " Di negara kami, kami tidak buang kulit udang dengan begitu sahaja. Kami kumpul kulit udang tersebut dan memprosesnya menjadi chitosan. Bukankah kulit udang mengandugi chitin? ". pemimpin kerajaan siam terdiam sambil mengangguk tanda fedap.




kemudian, pemimpin kerajaan asing tersebut dihidangkan pula dengan sejenis buah yang bernama nenas yang telah siap dipotong. pemimpin kerajaan siam makan tanpa segan silu. lalu pemimpin kerajaan asing tersebut berkata lagi, " Di negara kami, kami tidak gunakan nenas untuk makan sahaja. Kami gunakan nenas untuk memprosesnya dalam industri pembuatan sabun. Bukankah nenas mengandungi enzim enzim yang boleh menghilangkan kotoran? ". pemimpin kerajaan siam terdiam sambil mengangguk lagi tanda fedap juga.




selepas itu, pemimpin kerajaan asing tersebut dihidangkan pula dengan sejenis makanan yang dipanggil chewing gum. biaselah. lepas makan makan mesti rasa hebat bila dapat kunyah kunyah sesuatu sambil menghirup asap toksik rokok. pemimpin kerajaan siam kunyah kunyah chewing gum tersebut dengan nikmatnya sambil menghirup asap toksik rokok jenama texas 5. lalu pemimpin kerajaan asing tersebut berkata lagi, " Di negara kami, kami tidak membuang begitu sahaja sisa chewing gum yang telah dikunyah kunyah. Kami proses sisa chewing gum yang telah dikunyah kunyah tersebut menjadi kondom berperisa. Bukankah kondom diperbuat daripada latex sama seperti chewing gum? ". pemimpin kerajaan siam terdiam sambil mengangguk lagi tanda fedap juga.




di akhir majlis makan makan tersebut, pemimpin kerajaan asing telah dihidangkan dengan sejenis benda. lalu dia bertanya kepada pemimpin siam tersebut apakah benda itu. lalu pemimpin siam berkata, " Inilah kondom. Di negara kami, kami tidak buang kondom yang telah digunakan begitu sahaja. Kami proses kondom tersebut menjadi chewing gum dan mengeksportnya ke negara kamu. Bukankah chewing gum diperbuat daripada latex sama seperti kondom? ". 




pemimpin kerajaan asing tersebut rasa dirinya tercabar lalu terus membelahkan dirinya begitu sahaja dari negara siam dengan menaiki jet peribadi konkordnya.




lalu tercetuslah perang dingin antara kerajaan asing tersebut dengan kerajaan siam selama berkurun kurun lamanya sehinggalah satu persetujuan telah dicapai apabila anak kedua dua pemimpin kerajaan asing dan siam tersebut bercinta dan ingin berkahwin.




sekian.


p/s perut aku masuk angin disebabkan ceramah yang panjang lebar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan