Khamis, September 23, 2010

kenangan

terbayang bayang di kepala aku sekarang ni. semasa berumur dua belas tahun berbulan bulan berhari hari.




emak mengejutkan aku di kala subuh menjelma. pukul lima pagi tambah tolak.




mandi manda dan menggunakan sabun kakakku yang berjenama aiken.


memakai baju sekolah rendah yang baru sahaja di seterika oleh mak dan digantung di dalam biliknya.




kemudian turun ke ruang tamu sambil menekan suis di atas remote control untuk membuka kotak ajaib yang boleh menyiarkan gambar bergerak.




tengok buletin pagi. sambil sambil itu minum air cokelat panas jenama cadburay yang disediakan oleh emak juga.




selesai sahaja minum minum, teros pergi ke pintu hadapan rumah dan memakai stokin dan kasut sekolah jenama batak.




oh ye. sebelum terlupa. meminta duit belanja dari emak dan bersalaman dengannya. kemudian pipiku dicium cium tiga kali.




selepas itu aku berjalan kaki sahaja ke sekolah kebanggaan aku disebabkan ingin menjimatkan duit belanja daripada terpaksa membayar tambang teksi.




padahal sekolah kebanggaan aku itu terletak kurang dari satu marhalah dari rumah aku. suku pon tidak sampai.




sampai sahaja di sekolah, aku berjumpa dengan rakan rakan sebaya yang lebih hensem dan comel dari aku. duduk di dalam dewan dan membaca apa apa yang patut.




tidak lama kemudian sayup sayup kedengaran suara guru memanggil anak muridnya dengan penuh manja.




kami masuk ke kelas yang ditetapkan untuk mengambil Ujian Penilaian Super Rare.


itu kenangan aku semasa hari pertama UPSR berlangsung untuk diri aku.




sekarang tiada lagi situasi guru guru nak panggil anak murid masuk dewan periksa. lantak kau lah. kalau lambat, kurang lah masa menjawab kau. tiada lagi situasi guru guru memberi tips tips untuk menjawab soalan sejurus sebelum masuk ke dewan periksa. lantak kau lah. kalau tak tahu jawab, tak tahu jawab lah kau. tiada lagi situasi guru guru memberi kata kata perangsang yang boleh merangsang diri kita ke arah kebaikan bukan kepada situasi keburukan. lantak kau lah. kalau gabra yang amat sangat, gabra lah kau sampai ke akhir masa periksa.




aku rindu semua itu.




namun hidup perlu diteruskan betul rakan rakan seperjuangan sekalian?




yang lepas biarkan ia berlalu pergi.




sekarang kita fokus untuk apa yang ada sekarang dan untuk masa hadapan kita.




sekian,




selamat maju jaya kepada semua kanak kanak yang akan atau sedang mengambil peperiksaan UPSR PMR SPM dan STAM.


p/s peperiksaan final aku bila entah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan