Isnin, September 06, 2010

setahun sekali

kalaulah aku seperti paris hiltong ataupun hillary daff, aku tidak perlu merasa bersalah jika aku telah menyakitkan hati seseorang.


kalaulah aku seperti binatang liar mahupun peliharaan, aku tidak perlu merasa bersalah jika aku telah berbuat jahat kepada seseorang.


kalaulah aku seperti seorang pemimpin yang korupsi dan mementingkan diri, aku tidak perlu merasa bersalah jika aku telah menyusahkan seseorang.


tetapi aku bukanlah seperti paris hiltong, hillary daff, binatang liar, binatang peliharaan mahupun pemimpin korupsi dan mementingkan diri.


aku hanyalah manusia biasa yang hina dan akan berterusan melakukan kesilapan kepada manusia lain.


oleh itu, di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada anda semua yang terbaca entri ini jikalau aku terlanjur kata, terkasar bahasa, tergedik seketika, terpukul ke apa, semua semua lah. dan jikalau anda yang terbaca entri ini pernah melakukan kesilapan kepada aku, aku tidak kisah pon semua itu. aku sudah lama memaafkannya. aku tidak suka menyimpan dendam. (cewah)


akhir kata, pesanan ringkas dari aku. berhati hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang. ketupat lemang tak habis nya jika anda bawak kenderaan lambat lambat.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.


spongebob dan patrick pon sambot hari raya


p/s kepada yang ingin menghadiahkan duit raya kepada saya, sila pos ke alamat yang tertera di muka hadapan i.c saya.

2 ulasan:

  1. slmt hari raye!
    duit raye duit raye~

    BalasPadam
  2. xleh la mia..puasa x abes lagi mane leh dpt duet raye..hahaa :D

    BalasPadam