Rabu, November 24, 2010

harus ada



fulamak. apelah nak jadi dengan kau ni ipan. kesian belog ni. dibiarkan bersawang sawang habuk habuk. 


oke itu hanyelah metafora. takkanlah ade sawang dan habuk dekat browser ni kan kan? kalau ade pun itu sebab anda yang tidak mencuci skrin laptop atau desktop anda selama dua puluh tiga tahun.




berbalik kepada tajuk entry ni. ape yang harus ada? hah. itu yang kita tak tahu.




mintak maaf lah. lama tak menaip. semenjak habis peperiksaan akhir semester dan pulang bercuti ni dah kurang mengadap laptop untuk berfesbuk mespes skaip wai-em dan berbelog. asal bukak laptop compaq presario cq40 ni je mesti sebab nak tengok cerita korea dan jepun ataupun bermain pes10.


.
.
.
.
.
.
.




tiba tiba datang pulak memori ni.




memori zaman sekolah rendah di mana aku selalu melukis kartun. walaupun agak huduh tapi boleh la dikategorikan sebagai kartun, bukan orang lidi. tahap ke'terer'an aku tu sehinggakan ada komik sendiri yang diberi tajuk The Currypuff Boys. komik ni aku usahakan bersama klasmet bernama ihsan. komik ni mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada klasmet klasmet yang lain walaupun mereka terpaksa menunggu sehingga sebulan untuk mendapatkan episod baru dan terpaksa berkongsi komik sebab kitorang tidak mempunyai cukup modal untuk mencetak serta mengkomersialkan komik hebat kami.




hobi ini terbantut selepas tamat pengajian di tahun enam. aku dapat pergi sekolah jauh jauh, ihsan pulak entahlah. lost kontek terus. sampai sekarang aku tak pernah dengar cerita pasal dia daripada rakan rakan aku yang lain. terasa rugi pula.




sekarang aku masih lagi melukis. tapi tidak sekerap dahulu. dan semakin buruk. dan semakin menyerupai orang lidi.




aduh. aku rindu zaman di cenderawasih. di pasir salak. di jasin. di kulim. 




bukan setakat itu. aku rindu rakan rakan semasa di cenderawasih, di pasir salak, di jasin, di kulim.












sudah.




bukannya tidak boleh jumpa pun kan kan?




oh ye. di kesempatan ini aku ingin membuat iklan.




sesiapa yang berminat untuk memiliki kucing comel comel bulat bulat tembam tembam sila datang ke rumah aku. terlampau banyak. kucing kucing ni ada baka bulu bulu tebal. percuma. kalau nak datang lah ke rumah. kalau tak tahu alamat rumah aku sila usaha sendiri. haha.




sekian.




p/s rindu serindu rindu nya sangat sangat pada ehem ehem.

2 ulasan: