Isnin, Ogos 15, 2011

puasa #1

"bangun!", jerit mak. namun aku tak sedar lagi. buat kali ke sepuluh mak menjerit. semasa kali kesepuluh jugak lah aku merasa simbahan air.

aku terduduk. lap muka. menguap sekali. buang tahi mata.

"apehal mak kejut pagi pagi ni? baru pukul empat setengah. baru nak pergi dating dengan dakota fanning tadi.", kata hatiku. nak bagi mulut yang keluarkan ayat macam tu alamatnya kena pelempang tiga kali lah.

aku bangun jalan jalan dengan rilek keluar bilik. pergi dapur. tengok nasik berlauk siap terhidang di atas meja. semua ahli keluarga aku sudah terduduk depan meja tunggu aku. kakak yang sulung rilek. kakak nombor dua rilek. adik bongsu pejam mata. abah hirup kopi.

"hah. duduk tercegat buat ape lagi tu? taknak makan ke?", tanya mak.

"awalnye breakfast mak? selalu pukul sepuluh baru dapat makan nasik nasik ni? itupun nasik lemak. ni nasik berlauk? ni baru pukul empat setengah ni.", berkata aku dengan musykilnya. pelik jugak. keluarga aku ni dah berubah ke? nak breakfast awal pagi pulak. ganjil.

"sahurlah.", kata mak.

oh baru teringat. dah start puasa. nasib baik sempat lagi nak berniat puasa esok hari di bulan ramadhan tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan