Jumaat, Julai 08, 2011

badan sihat otak cerdas

tajuk entri ini yang merupakan pepatah melayu populer agak sinonim kepada umat melayu zaman sekarang ni yang malas sangat nak bersenam. contoh umat melayu yang malas sangat nak bersenam ialah seorang insan yang bernama Muhammad Irfan bin Ab Halim. siapakah gerangan insan ini? ha ce teka ce teka. anda kan pandai. mesti anda dapat jawab.

abaikan insan tersebut. dia memang pemalas nak bersenam. tapi aku (penulis belog) rajin bersenam. sampaikan dah beli basikal sebab nak bersenam tiap tiap petang.

 ini basikalnya, made in malaysia.

bukanlah aku nak cakap aku ni tak pernah bersenam. tapi kalau dekat rumah tu memang susah la nak bersenam beriadah dan yang seumpama dengannya. setiap hari bersenam. and i mean setiap hari ye. bukan seminggu sekali. haha.

 ini tempat joging, taman gelora.

mungkin aku melakukan perubahan drastik ini kerana menyedari diri aku sudah buncit. mungkin. mungkin juga aku melakukannya kerana ingin hidup sihat. mungkin. semuanya mungkin.

oleh itu kawan kawan rakan seperjuangan sekalian, marilah kita sama sama bersenam setiap hari. kalau tak boleh setiap hari pun, setiap hujung minggu. mesti boleh kan? takkan la tak boleh. bersenam atas katil setiap hari boleh pulak. nak bersenam dekat luar rumah seminggu sekali pun susah. macam mana nak sihat ni? 

bak kata pepatah melayu, badan sihat otak cerdas. (oke aku taktahu pepatah lain selain pepatah dalam tajuk entri ini.)

luangkanlah masa barang sejam dua dalam sehari untuk bersenam. ajak ibu bapa adik beradik anda sekali. gerenti best. mungkin susah la nak pujuk ibu bapa anda tapi anda boleh cuba. belum cuba belum tahu yedok? bukan setakat joging, main kejar kejar pun boleh dikira bersenam. polis sentri pun sama. main sorok sorok tu aku taktahu lah boleh dikategorikan sebagai bersenam ataupun tidak.

oke semoga anda mendapat iktibar dan kesedaran.

sekian.


p/s kalau setakat bersenam tapi masih mengamalkan makan mekdi setiap hari, tiada gunanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan