Khamis, Jun 02, 2011

sudah sudah lah.

sudah sudah lah memaki hamun mencaci cela mencarut marut dekat budak tu.

adalah lebih baik kita memberi nasihat daripada kita berbuat seperti di atas. kita dapat pahala, dia pun dapat lah kesedaran. itupun kalau dia nak dengar nasihat kita tu lah. kalau dia taknak dengar, itu dia punya pasal. kita dah lakukan tugas kita. nasihat menasihati sesama insan kan bagus tu.

kalau budak tu mati bunuh diri guane? yelah sebab tertekan. ni dah tahap lagi teruk dari cyber bullies ni. agak agak kita ni berdosa ke tak? sebab komen komen kita yang 'membina' tu membuatkan dia tertekan.

eh kemon la. kata sama sama orang islam. yang bagi komen mencarut caci maki bagai tu guane pulak? tak menunjukkan ciri keislaman pun? cakap budak tu dah sesat lah, iman tarak lah, yang korang tu pulak macam mana?

aku bukan nak menyokong budak tu, mahupun pihak yang mengutuk budak tersebut. gila apa aku nak sokong budak empat belas tahun dah tak virgin. aku sekadar memberikan pendapat walaupun aku tahu ilmu aku ni mana la banyak sangat pun.

adalah lebih baik keaiban seseorang itu dirahsiakan daripada didedahkan. kan lebih senang kalau kita doakan agar apa yang ditaip oleh budak tu dalam belog nya adalah tidak benar. kalau apa yang ditaip oleh budak tu dalam belog nya adalah benar, kita sama sama lah doakan agar dia sedar, insaf serta kembali ke pangkal jalan dan diampunkan dosanya oleh yang Maha Esa. hah senang kan? tak perlu susah susah log in fesbuk, pergi dekat page budak tu, dah taip perlbagai perkataan pelik yang susah nak ditaip.

oke enufff said. nanti ada yang tak puas hati.

oh ye. trend adindaevans melebihi trend michael owen dan sepp blatter. serius aku jeles. fofuler sungguh. aku pun nak fofuler jugak.



sekian.


p/s aku rasa nak tutup belog ni.

1 ulasan:

  1. Salam kunjungan jom join kami UB de facebook....submit blog anda

    http://www.uniklbloggers.com/

    jgn lupe tgk mereka yg dah juin kami de facebook :)

    BalasPadam