Rabu, Mac 23, 2011

suka hati anda nak letak tajuk ape

tadi aku terbaca artikel pasal travelling dan dia ada cakap pasal 10 perkara yang dia nak buat sebelum umur dia cecah 30.

jadinya aku pun nak bagitau lah sikit ape kejadahnye 10 bende yang aku nak buat sebelum umur aku cecah 30.

#1 - kerja la. aku nak kerja dengan syarikat besar. yang multi nasional punye. kerja 5 tahun cukup la lepas tu bukak syarikat sendiri pulak.

#2 - beli kereta. kereta ape? hah. itu yang kita tak tahu. sebab kalau aku cakap kereta ferarri ke lamborghini ke macam berangan lebih pulak. jadinya lebih selamat kalau aku cakap aku nak beli kereta honda civic type-r. 

#3 - ambik lesen B full. sebab ape? baca dekat bawah.

#4 - beli superbike. 600cc ke atas. mane main superbike 250cc je. boleh bawak laju laju dekat highway. kalah kereta proton juara. dan boleh juga buat konvoi ramai ramai pegi genting ke langkawi ke padang besar ke bukit beruntung ke.

#5 - beli rumah. kalau boleh rumah sebesar banglo. buat atas bukit. dekat raub. sebelah rumah ade sungai yang tak macam sungai. air jernih. hah. gempak tak?

#6 - kahwin. sememangnya impian setiap lelaki yang bergelar lelaki, bukan pondan dan homo. kalau boleh dalam umur 25 ke 28 camtu. taknak la masa umur aku 30. dah layak jadi datuk dah tu. kahkah.

#7 - travel. kalau boleh pusing satu dunia. mintak cuti setahun lepas tu pusing satu dunia. dan kalau boleh nak naik basikal. jimat minyak. selamat sikit bumi ni takde pencemaran.

#8 - buat rumah untuk mak abah aku. banglo jugak. ade kebun durian belakang rumah diorang. lepas tu ade mini zoo sekali. lepas tu ade pak guard sekali. lepas tu ade driver sekali. lepas tu ade bibik sekali.

#9 -  pergi umrah seterusnya haji dan bawak mak abah aku sekali. aku taknak la dah tua tua baru aku nak pergi. nanti menyusahkan orang lain pulak. yedak? jadinya masa muda muda kerja sungguh sungguh kumpul duit sikit sikit untuk pergi haji dan umrah. insyaAllah sebelum umur 30 boleh la pergi kalau ade rezeki. kalau takde, pergi umrah pun kire dah cukup bagus.

#10 - dapat anak, 2 lelaki, 2 perempuan yang comel lotte belaka. hah. ini macam kontroversi ni. kahkah.

selebihnya, biarlah rahsia. banyak lagi sebenarnya. takkan nak bagitahu pulak kan? tak rahsia la kalau aku bagitahu.

bagaimana pula dengan anda semua? sudahkah anda terfikir nak buat ape? cewah. macam pengacara rancangan motivasi pulak.

sekian.


p/s sekarang musim durian, kalau boleh hari hari nak makan durian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan